BuyMuslimFirst

Radio BMF.FM

Current track

Title

Artist

Current show

Cintaku Hanya Satu

3:00 am 6:00 am

Current show

Cintaku Hanya Satu

3:00 am 6:00 am


MAPIM MALAYSIA BAKAL LANCARKAN 2 BUAH WAKAF MOBILE DAKWAH BUS!!!

Written by on October 18, 2019

Kos termasuk pembelian 2 bas (second-hand) , kos ubah suai, kos permit, servis dan juga tempahan bahan dakwah seperti brochure, booklet, terjemahan Al-Quran dan sebagainya lagi. Alhamdulillah MAPIM mendapat kerjasama dengan tawaran terbaik dari pihak syarikat Sani Express yang juga berhajat menjadi sebahagian dari usaha ini. Mereka berikan harga terbaik,”

#BMF #BuyMuslimFirst #jihadEkonomi #PenggunaPemilikEkonomi

Alhamdulillah
Satu lagi usaha kerja dakwah bersama MAPIM-IPSI dengan adanya 2 buah bas ini yang bakal diubah menjadi pusat kefahaman bergerak ataupun one-stop-centre. Nama akhir kedua bas ini masih diperingkat perbincangan. Nama haruslah mewakili Islam yang harmonis dan berkasih sayang dan tidak menjarakkan kita dengan pengunjung yang ingin tahu. Kalau ada cadangan boleh bantu komen di bawah

#ProjekWakafManfaatUmmah
Pembelian adalah 100% menerusi saham wakaf yang dibuka dengan 1 bahagian saham wakaf bernilai RM2,500. MAPIM membuka 140 bahagian wakaf. Luar biasa sambutannya dalam masa sekejap saja sudah penuh peserta wakaf! Dan sehingga saat ini hanya berbaki 70 pewakaf sahaja lagi diperlukan untuk sempurnakan misi bermakna ini!!!

(Link penyertaan wakaf adalah seperti di bawah ini, Penyertaan sehingga Jumaat 18hb Oktober 2019: https://www.billplz.com/wakafbasdakwah )

#KosPembelian
Kos termasuk pembelian 2 bas (second-hand) , kos ubah suai, kos permit, servis dan juga tempahan bahan dakwah seperti brochure, booklet, terjemahan Al-Quran dan sebagainya lagi. Alhamdulillah MAPIM mendapat kerjasama dengan tawaran terbaik dari pihak syarikat Sani Express yang juga berhajat menjadi sebahagian dari usaha ini. Mereka berikan harga terbaik

#BerkhidmatDiSeluruhSemenanjung
Kedua-dua bas ini bakal diberikan tugasan berkhidmat di tempat-tempat strategik tumpuan ramai terutama yang banyak pelancong luar negara seperti Pulau Langkawi, Batu Feringgi dan lainnya. Motifnya adalah untuk dapat diberikan kefahaman secara santai tentang keindahan Islam sebenar, kasih sayang Allah dan keperibadian unggul baginda Rasulullah SAW serta Al-Quran sebagai penunjuk jalan.

Mobile Dakwah Bas ini juga akan mengikuti Karnival Jelajah Perkampungan Ummah dengan 24 siri anjuran MAPIM di seluruh semenanjung Malaysia sebagai usaha menggalakkan Ummah beri kefahaman yang baik kepada saudara Non-Muslim kita. Islamkan agama yang utamakan kasih sayang jadinya kita raikan bersama biarpun saudara kenalan kita berbeza pegangan agamanya. Hidayah milik Allah tetapi usaha adalah tanggungjawab kita.

Bahagian atas bas dicadangkan untuk diubahsuai menjadi mini auditorium dengan kapasiti 20 seats untuk sesi penerangan oleh mualim yang terpilih dan sesi tayangan video kaedah solat seorang muslim manakala kawasan belakangnya akan dijadikan mini library menghimpunkan buku-buku tentang Islam terbitan JAKIM, IKIM, MAPIM dan pelbagai lagi termasuk IPSI. Bahagian bawah pula disediakan ruang perbincangan tentang Islam secara khusus, ruang shadah dan bahagian luar dijadikan ruang kempen tertentu seperti Aurat Awareness Campaign, edaran terjemahan Al-Quran percuma dan banyak lagi. Yang pastinya santai dan harmonis

#UsahaIniPerlukanSokonganAnda
MAPIM dan IPSI menjemput mana-mana pihak NGO, Agensi kerajaan, Badan Swasta, Korporat, Universiti mahupun individu untuk bergandingan jayakan misi besar ini. Dengan kehadiran kalian semua menjadi pendokong, maka lebih bermaknalah usaha ini dapat digerakkan daripada kesatuan hati Ummah sendiri. Hubungi saya secara terus menerusi whatapps di talian 0194810025 atau hubungi hotline MAPIM 1300-888-038.

#365HariAkuUntukUmmah
Dr. Sani Araby Al-Kahery
CEO MAPIM Malaysia

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



%d bloggers like this: