BuyMuslimFirst

Radio BMF.FM

Current track

Title

Artist

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm


SIRI JELAJAH KoPPIM: TAKLIMAT DI JOHOR BAHRU

Written by on October 20, 2019

Cyberjaya, 19 Oktober – Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mula mengorak langkah menemui para pengguna Muslim untuk menggalakkan mereka meningkatkan ekonomi dengan melabur di dalam koperasi itu.

Ketua Pengarah Operasi KoPPIM, Coach Fadzil Hashim akan memulakan siri jelajah taklimatnya malam ini, di Bilik Seminar, Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

KoPPIM, sebuah koperasi yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPIM), mula memainkan peranan untuk membentuk satu ekosistem ekonomi yang baharu bagi membantu golongan Muslim.

Mengulas mengenai taklimat KoPPIM yang akan diadakan, Coach Fadzil berkata, “Gelombang BMF telah berjaya menyedarkan betapa kuatnya kita apabila bersatu lalu menaikkan jualan para peniaga Muslim.

Namun gelombang ini kami lonjakkan lagi dengan satu pelan yang bersistem bagi menyatukan kuasa-kuasa kita pengguna Muslim dengan mengumpul dana di dalam KoPPIM.”

Katanya lagi, “Dana ini yang akan digunakan untuk membantu semua usahawan Muslim untuk membentuk satu ekosistem melalui rantaian yang baru. Taklimat ini juga bertujuan untuk mempelawa warga Johor untuk menyertai koperasi ini.”

Taklimat pada malam ini akan menyentuh penerangan dan perancangan yang lebih terperinci KoPPIM untuk meningkat ekonomi Muslim.

Dalam paparan di Facebook Coach Fadzil Hashim, sebuah pasaraya Muslim yang diberi nama Malakat Mall bakal dibuka di Cyberjaya pada Januari 2020. Tawaran untuk menjadi vendor di pasaraya itu telah pun dibuka.

Malakat Mall dipercayai akan merancakkan penyertaan pengguna Muslim untuk menjadi ahli KoPPIM. Ini sesuai dengan matlamat koperasi itu agar pengguna akhirnya menjadi pemilik kepada ekonomi kerana mereka akan mempunyai saham melalui penyertaan di dalam koperasi itu.

*Kepada teman-teman yang punyai kenalan di JB, harap sebarkan…

#KoPPIM
#PenggunaPemilikEkonomi
#CoachFadzil
#BMF


%d bloggers like this: