BuyMuslimFirst

Radio BMF.FM

Current track

Title

Artist

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm


Assalamualaikum! Salam BMF

Written by on September 24, 2019

Salam sejahtera semua pengguna Muslim yang menyokong kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ atau lebih dikenali dengan tagline atau hashtag #BMF atau #BuyMuslimFirst.

Kredit harus diberikan kepada saudara Saiful Lufias (tak taulah nama betul ke atau nama pena) yang awalnya telah menubuhkan facebook group asal tentang Buy Muslim Product ini awal Januari 2019 lalu hinggalah secara tiba-tiba menjadi viral pada akhir Ogos 2019 dari 10 ribu ahli subscribers menjadi hampir 2 juta!

Atas dasar kelangsungan kempen ini, Saiful bersama sahabat-sahabat lain telah menubuhkan sebuah persatuan aitu Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia bagi meneruskan kempen ini secara sah mengikut undang-undang. Tahniah kerana telah menjadi pilihan Allah SWT dalam menyediakan platform menjadi viral dan sangat berkesan. Strategi beliau dan rakan-rakan yang fokus dalam memberikan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia supaya menyokong peniaga-peniaga Muslim yang umumnya susah mendapat sokongan dari pengguna Muslim sendiri.

Justeru itu ekonomi Muslim di Malaysia berada di tahap yang rendah dan tidak berkembang yang mengakibatkan juga bangsa Melayu dan bumiputera Islam seperti dihina oleh bangsa yang menguasai ekonomi negara.

Bukannya perkara ini tidak didedahkan dan diusahakan, contoh seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang ramai yang tahu sudah berdekad berjuang untuk memperbetulkan keadaan ini, namun usaha-usaha ini seperti hanya sampai ke beberapa kerat golongan Muslim di Malaysia, kecuali dalam perkara-perkara yang begitu sensitif seperti aduan-aduan pengguna, masalah hutang AhLong dan lain-lain.

Jadi tabik harus diberikan kepada saudara Saiful ini dan barisan admin sahabat-sahabatnya yang lain dalam menjadikan kempen ini begitu tular dan berkesan sehingga dapat menyebabkan harga beberapa produk pengguna amnya diturunkan.

Sesuatu yang unik dan menambat hati semua adalah kerana kempen ini dilihat mempersatukan umat Islam di Malaysia yang telah terpecah-belah akibat dari politik dan perbezaan idealogi, untuk berjuang memperbetulkan ekosistem ekonomi umat Islam Melayu dan bumiputera sebagai satu matlamat untuk agama. Dilihat juga Saiful dan sahabat-sahabatnya tidak menjadikan kempen ini baik dari segi logo atau gerak kempennya menjadi eksklusif untuk pemilikannya saja atau pun ke arah memperdagangkan secara copyright atau pattern bagi membolehkan semua pihak menggunakannya tanpa halangan.

Rentetan itu kita melihat bilamana Saiful dan sahabat-sahabatnya bergandingan dengan sebuah persatuan yang sudah unggul dalam perjuangan ini iaitu PPIM yang mana PPIM sendiri sudah mempunyai network yang kuat dan menghala-tujukan kempen ini secara lebih ekonomik. Hasilnya Koperasi Pembangunan PPIM (KoPPIM) dijenamakan semula dengan membawa masuk usahawan-usahawan yang sedang dan telah berjaya dalam bidang masing-masing bergabung dalam usaha meneruskan kempen ini dalam gelombang ketiga.

Semoga Allah permudahkan semua kerja-kerja kita dan dengan izin Allah maka kita dapat mencapai matlamat ini. InsyaaAllah!


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



%d bloggers like this: