BuyMuslimFirst

Radio BMF.FM

Current track

Title

Artist

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm

Current show

Muslimpreneurs

3:00 am 10:00 pm


11 FAKTOR MENGAPA EKONOMI MELAYU LEMAH

Written by on October 24, 2019

Pasar Medina di Marrakesh. Pic oleh Traveloghalal 2018

Pendapat yang bernas untuk kita jadikan panduan. Sumber: https://www.facebook.com/mzrich.crypto

Begitulah tajuk sebuah hantaran yang lalu di paparan berita facebook saya semalam. Ada 12 poin tak silap saya yang digariskan dalam hantaran tersebut. Antaranya ialah:

“Melayu kuat berdengki. Orang berjaya sikit hantar santau.”

Atau;

“Melayu tak sokong kawan. Kawan berniaga dimintanya murah atau percuma.”

Saya tak nak ulas poin-poin beliau. Itu pendapat setiap individu. Cumanya tajuk itu buatkan saya tertarik untuk berikan pendapat saya sendiri tentang mengapa ekonomi orang Melayu lemah.

Ini adalah sebuah perbincangan. Boleh berikan pendapat atau nak bidas poin-poin saya. Baik, saya mulakan:

1. TIADA KESEDARAN NILAI DAN FUNGSI DUIT SECARA OPTIMUM

Perkara ini sering terjadi kerana kebanyakan keluarga Melayu generasi pertama dan kedua selepas merdeka adalah orang susah. Jadi anak-anak tidak dibiasakan memegang banyak duit dan tidak diajar tentang nilai serta fungsi duit. Jadinya bila dapat biasiswa atau pinjaman belajar, ada yang terkena kejutan budaya dan mula berbelanja boros.

Generasi ketiga Melayu seperti saya pula ada masalah terlalu memuakan atau menajakan anak-anak. Apa saja diminta diberi tanpa perlu ada timbal-baliknya yakni usaha. Sama saja efeknya dengan yang di atas. Akhirnya boros juga dan hanya tahu berbelanja.

Sebab itu kekayaan orang Melayu tidak dapat diwarisi dari genera su ke generasi. Masuk generasi kedua atau ketiga, anak-anak tak dapat kekalkan kemewahan atau perniagaan yang dibina ayahnya atau datuknya.

2. TIDAK PANDAI BERORGANISASI DAN MENCIPTA EKOSISTEM

Orang Melayu masih tidak terdedah kepada pembinaan kekuatan ekonomi melalui organisasi, menjana kemewahan, aset, pelaburan dan menjaga kepentingan bersama-sama.

Jika ada yang berjaya pula, kebanyakannya duit yang dijana, organisasi hanyalah “laluan”. Ia tidak berkitar dan akhirnya membina sebuah ekosistem yang mapan dan mandiri (self-sustaining).

3. KURANG BERMENTOR MENTEE / ANGEL INVESTOR

Bukan tak ada. Kurang.

Perkara ini pernah dikritik oleh Prof Ungku Aziz di mana orang Melayu yang berjaya melalui Dasar Ekonomi Baru dulu tidak membantu membina dan ‘duplicate’ generasi baru seperti mereka. Mereka juga kurang membantu dari aspek bantuan dana serta tunjuk ajar.

Anak Melayu selepas 60 tahun, masih perlu menagih dana di bank-bank dan agensi-agensi dana kerajaan.

4. CUKAI KESILAPAN / BAD DECISION TAX

Usahawan Melayu kekurangan dana. Buka 1 perniagaan, kalau tak menjadi, habis terus modal. Kalau modal besar, katalah 1 perniagaan tak menjadi, mungkin boleh cuba perniagaan ke-2 dan ke-3.

Kekurangan modal ini juga menyukarkan anak Melayu untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan rangkaian dan pasaran.

5. TIDAK DIDIDIK MENIAGA TAPI DIDIDIK UNTUK BEKERJA

Kurang ilmu tentang ‘career path’atau cabang kerjaya. Kurang ilmu keusahawanan dan konsep kejuruteraan. Ianya menjadi kebiasaan untuk orang Melayu semenjak merdeka, iaitu anak-anak dilorongkan supaya belajar untuk mendapatkan kerja yang baik.

6. INFERIORITY COMPLEX DAN SIEGE MINDSET

Kurang sentimen ingin melihat anak bangsa sendiri berjaya. Jika ada pun hanya tersangkut pada setakat kata-kata. Kurang sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Kurang keyakinan anak bangsa boleh berjaya.

Merasakan jika dibantu bangsa sendiri itu sebagai perbuatan rasis, namun gagal berdepan realiti bahawasanya itulah asas bagaimana semua bangsa di dunia berjaya di dalam bidang ekonomi pada awalnya.

7. TIDAK MENGAWAL RETAIL DAN SUPPLY CHAIN

Orang Melayu paling terkesan jika ada perubahan polisi malah kepimpinan. Tidak ramai yang berada dan bermain di level ‘retail’ dan ‘supply chain’. Ramai yang masih mengharap projek-projek sahaja. Maka tiada ‘bargaining chip’ atau ‘bargaining power’ di dalam penawaran harga bahan mentah dan perkhidmatan.

8. LAMBAKKAN PERNIAGAAN YANG SAMA

Kalau kita perhatikan contohnya gerai-gerai makan di tepi jalan, dari 10 kedai, 8 daripadanya mungkin menjual menu yang sama. Bila satu syarikat kosmetik berajaya, maka ramai-ramai mula masuk industri timbang kilo.

kewangan

Akhirnya masing-masing berlumba-lumba membuat pemasaran dengan gaya yang sedikit dangkal. Dan lebih teruk, jika persaingan mula masuk kepada startegi buang harga. Membuang harga adalah pembunuh industri.

Kurang daya mencipta mahupun menginovasi.

9. KURANG TERDEDAH KEPADA PELABURAN, INSTRUMEN KEWANGAN, DAN KELEBIHAN SETIAP JENIS ORGANISASI SERTA PERCUKAIAN

Kurang ilmu dalam bab-bab menggunakan segala instrumen dan pengurusan kewangan yang menyebabkan perniagaan tersangkut dalam kitaran duit keluar dan masuk.

Masuk banyak.

Keluar banyak.

Setiap bulan.

10. KEKURANGAN DATA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Kebanyakan yang memulakan perniagaan atas dasar cuba-cuba dan tengok dulu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

11. KURANG ILMU DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ALIRAN KEWANGAN SERTA HUTANG INDIVIDU DAN SYARIKAT

Ini pembunuh utama perniagaan, pada pandangan saya. Dan inilah antara aspek yang usahawan dan peniaga Melayu paling lemah.

Begitulah 11 pandangan saya jika ditanyakan kepada saya MENGAPA MELAYU LEMAH EKONOMI.

Ruangan komen terbuka untuk Tuan-Tuan dan Puan-Puan menambah ataupun membidas poin-poin saya. Ruangan komen juga terbuka untuk semua membuat perkongsian perniagaan mahupun mengetengahkan komuniti perniagaan masing-masing.

Sila bincangkan…

#BMF


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



%d bloggers like this: